ORGANISASI UTAMA

LANGUAGE

 Versi Bahasa Malaysia English Version

MENU UTAMA

INFORMASI TD

SOAL SELIDIK

Adakah laman web ini telah memberikan informasi yang anda kehendaki?
 
 
 
MUKA DEPAN
ImageAlhamdulillah, segala puji dan kesyukuran saya tawadukkan ke hadzrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan inayahNya, saya telah diberikan mandat untuk memimpin Tentera Darat Malaysia. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia serta seluruh pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya menerajui pemerintahan Tentera Darat. Dengan penuh ikhlas, saya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diamanahkan untuk memimpin dan memerintah Tentera Darat dengan sebaik-baiknya demi mempertahankan kedaulatan negara kita yang tercinta. - Jen Tan Sri Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin
 
Pihak Pentadbir Laman Web Tentera Darat sering menerima banyak pertanyaan berkenaan tarikh iklan dan pengambilan yang terkini dikeluarkan. Oleh yang demikian dengan ini dijelaskan bahawa semua tarikh dan iklan pengambilan terkini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Sel Pengambilan Pegawai dan LLP. Pihak Pentadbiran Laman Web TD tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan dengan rancangan pengambilan yang akan datang. Untuk mengetahui maklumat ini anda boleh merujuk melalui Sel Pengambilan Pegawai dan juga Sel Pengambilan LLP. Harap maklum.
 
Tiada maklumat terkini berkenaan dengan iklan pengambilan....
 
  1. MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASIN SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT KE 77 (BAKAT DARAT) - Majlis akan di adakan pada 1 Mac 2010 pada jam 14:30 bertempat di Rumah BAKAT Darat, Kem Perdana. Harap maklum.

 
 
Tentera Darat Malaysia, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR.
Tel: (60)3-26921333 / (60)3-20715358 Faks: (60)3-26941419

Paparan Terbaik: 1024 x 768 piksel
Browser Terbak Mozilla Firefox dan Internet Explorer 6.0 ke atas